Sunday 15 January 2012

Sekolah

                Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
                                                 Bismillahir Rahmanir Rahim

            Hari ni dah masuk hari ke-9 Lia sekolah di SMK. Lia harap sangat-sangat supaya tak jadi macam aka-akak abang-abang senior ni. Lia nak jadi seorang yg solehah dan baik. Tapi, 1st time Lia masuk sekolah tu, dah nampak perangai diorang. Lia ckp yg perempuan je yek? Yang perempuan saya nampak (sesetengah jelah) ada yang bersanggul, macam sarang tebuan. Dengan stokin pendeknya, dengan beg yg bertali panjangnya. Awat?? hangpa ingat hangpa cantik sangat ka?? -saya tengok berdasarkan apa yang saya lihat- 

            Sebenarnya Lia mohon MRSM, SBPI, SMKA, KAA & RK. tapi SBPI, SMKA ambilan 1 tak dapat! Wuaaa!! Sedih gila. Hanya Allah je yang tahu perasaan Lia waktu tu. Tapi, mama Lia bagitahu yg Lia dapat RK. RK?? Nak SMKA. takpelah Allah dah bagi, kita amik je. La Tahzan Lia. Dah dapat tu bersyukurlah, kan?? Tapi Lia buat rayuan banyak kali. Hantar surat banyak kali sampai diterima. Eceihh, macam paksa orang bagi kita masuk je, kan? tapi tu lah satu-satunya cara nak masuk SMKA Maahad Hamidiah, tu. Kita merancang dan Allah juga merancang, tpi Allah sebaik-baik perancang. 

            Kan best kalau Lia dapat belajar & berkenalan dgn sahabat baru, pergi kelas sama-sama, belajar dalam suasana asrama. Hrmm, tapi orang sekarang malah ,mensia-siakan peluang masuk asrama, dah masuk asrama tu belajarlah sungguh-sungguh (peringatan utk diri jugak) Semua sahabat-sahabat Lia tahu yg impian Lia ialah ingin menjadi seorang doktor yg agamawan yg belajar di Universiti Al-Azhar, Cairo. Bukan senang nak masuk sana, kan? Tapi asalkan kita berusaha Allah akan memberikan pertolonganNya, kan?

             Hari ni hari Isnin, Isnin ada assembly. Assembly duduk kat dewan. Dewan kekurangan kipas, maknanya hari ni kena berpanas-panasan lagilah. Aduh!! Uish!! Kata nak jadi insan yang baik dan solehah, baru panas sikit dah merungut, bila nak cemerlang?? Astargfirullah, ingat balik tujuan kita singgah di dunia. Kalau Lia tak dapat SMKA atau SBPI mungkin bukan rezeki Lia kot tapi Lia percaya yang Allah tahu mana yg terbaik buat Lia. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui. Subhanallah! 

             Dahlah dah penatlah menaip ni hah! jumpa di lain tinta, okay? Assalamualaikum. Bye =) 

No comments:

Post a Comment