Monday 16 January 2012

Tukar lagi..

          Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
                                                 Bismillahir Rahmanir Rahim

      Assalamualaikum, bersyukur Allah masih memberikan nafas untuk kita. Ckp pasal tukar, tukar macam2. Lia tukar sekolah!! yeay!! Dapat KRK. haha, tu je. Yang tak bestnya, kena pisah dengan sahabat-sahabat. Lia pilih KRK, tp mama cakap boleh pilih dlm KRK tu nak apa, KAA ke KRK biasa. Baik Lia amik KAA, form 3 nnti boleh masuk SMKA, hehehe. 

     Nanti mesti rindu teacher Shariana (Sherry), Izzati, Sarah, Amarleesa, Khalidah, Alieyah, semualah. Takpe, Life is a struggle! Man Jadda Wa Jada. Harap-harap dapat SMKA lepas cuba banyak kali antar request. hehe ;) -Senyum Kambing- 

    Semua yg Lia nak tahun 2011 semua dpt kecuali 1 ni je: Masuk SMKA. Nak masuk SMKA. tulah satu-satunya cara Lia nak masuk Universiti Al-Azhar, Cairo. Bukannya semata-mata nak masuk U tu, tapi nak lebih mendalami ilmu Allah. Alangkah indahnya hidup berpaksi Al-Quran dan Al-Sunnah. dahlah esok angun awal. Nak tidur pula, tidur kan harus. Okay jumpa di lain tinta. Assalamualaikum =)

Sunday 15 January 2012

Buku!!

        Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
                                                       -Peace Be Upon To You-
                                            Allahumma Sholli A'la Muhammad


           Haah!! Jumpa lagi di tinta ini, kaifa haluka/ kaifa haluki?? cakap pasal buku. macam-macam genre buku sekarang ni. Tapi Lia lebih suka buku text, buku novel Islami dengan majalah, (Asuh). ^_^.   Sekarang Lia ada beli buku novel tau! Tajuknya adalah seperti berikut :-


  • Salju Sakinah-Zaid Akhtar
  • Dalam Mihrab Cinta- Habiburrahman El-Shirazy
  • Mengintai Cinta Khalifah- A.Ubaidillah Alias
  • Di atas Sajadah Cinta-Habiburrahman El-Shirazy
  • Langit Ilahi-Hilal Asyraf
     Yang Lia dah baca (tak tulis nama penulis) :-
  • Tautan hati
  • Remaja Mulia
  • Satu Bukan Tiga Bintang 
  • Warkah Cinta Berbau Syurga
  • Kala Cinta dan Wahyu Bersatu.
  • Ketika Cinta Bertasbih
  • Lagi 3 buku dah tak ingat tajuk dia. #hehe

Hah, baca buku novel je kerjanya ya. Takpe novel Islami yg mentarbiah diri, sekali sekala takpe,kan? Baca buku novel ditambah pulak lagu Law Kana Bainana ni, urmm mesti best!! Sampai sini sahaja tinta Lia, ye. Jumpa di lain lembaran pula. #eceikh macamlah ni surat. hehe
Assalamualaikum.

Sekolah

                Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
                                                 Bismillahir Rahmanir Rahim

            Hari ni dah masuk hari ke-9 Lia sekolah di SMK. Lia harap sangat-sangat supaya tak jadi macam aka-akak abang-abang senior ni. Lia nak jadi seorang yg solehah dan baik. Tapi, 1st time Lia masuk sekolah tu, dah nampak perangai diorang. Lia ckp yg perempuan je yek? Yang perempuan saya nampak (sesetengah jelah) ada yang bersanggul, macam sarang tebuan. Dengan stokin pendeknya, dengan beg yg bertali panjangnya. Awat?? hangpa ingat hangpa cantik sangat ka?? -saya tengok berdasarkan apa yang saya lihat- 

            Sebenarnya Lia mohon MRSM, SBPI, SMKA, KAA & RK. tapi SBPI, SMKA ambilan 1 tak dapat! Wuaaa!! Sedih gila. Hanya Allah je yang tahu perasaan Lia waktu tu. Tapi, mama Lia bagitahu yg Lia dapat RK. RK?? Nak SMKA. takpelah Allah dah bagi, kita amik je. La Tahzan Lia. Dah dapat tu bersyukurlah, kan?? Tapi Lia buat rayuan banyak kali. Hantar surat banyak kali sampai diterima. Eceihh, macam paksa orang bagi kita masuk je, kan? tapi tu lah satu-satunya cara nak masuk SMKA Maahad Hamidiah, tu. Kita merancang dan Allah juga merancang, tpi Allah sebaik-baik perancang. 

            Kan best kalau Lia dapat belajar & berkenalan dgn sahabat baru, pergi kelas sama-sama, belajar dalam suasana asrama. Hrmm, tapi orang sekarang malah ,mensia-siakan peluang masuk asrama, dah masuk asrama tu belajarlah sungguh-sungguh (peringatan utk diri jugak) Semua sahabat-sahabat Lia tahu yg impian Lia ialah ingin menjadi seorang doktor yg agamawan yg belajar di Universiti Al-Azhar, Cairo. Bukan senang nak masuk sana, kan? Tapi asalkan kita berusaha Allah akan memberikan pertolonganNya, kan?

             Hari ni hari Isnin, Isnin ada assembly. Assembly duduk kat dewan. Dewan kekurangan kipas, maknanya hari ni kena berpanas-panasan lagilah. Aduh!! Uish!! Kata nak jadi insan yang baik dan solehah, baru panas sikit dah merungut, bila nak cemerlang?? Astargfirullah, ingat balik tujuan kita singgah di dunia. Kalau Lia tak dapat SMKA atau SBPI mungkin bukan rezeki Lia kot tapi Lia percaya yang Allah tahu mana yg terbaik buat Lia. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui. Subhanallah! 

             Dahlah dah penatlah menaip ni hah! jumpa di lain tinta, okay? Assalamualaikum. Bye =)